KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri 451 kepingan cip elektronik komputer milik Telekom Malaysia (TM) Berhad di tujuh daerah di Pahang sehingga syarikat itu mengalami kerugian lebih RM1.2 juta merangkumi kos operasi dan pengguna.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek berusia 35 tahun yang ditahan di Mentakab, Temerloh dekat sini pada 2.30 petang, 30 Jan lepas, dipercayai terlibat dalam 29 siasatan kehilangan cip itu yang dilaporkan antara Disember 2023 dan bulan lepas.
"Suspek bekerja dengan sebuah syarikat sub kontraktor dilantik TM bagi kerja penyelenggaraan di kawasan Pahang Barat disyaki melakukan jenayah itu seorang diri dan cip yang dicuri dipercayai dijual di kedai barangan lusuh pada harga RM30 sekilogram.
"Modus operandi suspek ialah ke kabinet TM di tepi jalan dan membukanya dengan kunci pendua miliknya sebelum mengambil beberapa keping cip elektronik komputer itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Yahaya berkata polis merampas 54 keping cip elektronik, sebuah kereta Proton Satria, sehelai jaket keselamatan, dua telefon bimbit, satu rekod pembelian barang dan 12 salinan resit pembelian barang dari rumah suspek dan kedai barangan lusuh, yang dipercayai berkaitan kes itu.
Suspek yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, kini direman sehingga Khamis ini (8 Feb) dan penahanan itu, dipercayai menyelesaikan 29 kes kecurian cip elektronik TM yang berlaku di Lipis, Raub, Bentong, Jerantut, Maran, Bera dan Kuantan.
Perbuatan suspek dipercayai mengakibatkan penduduk di kawasan terlibat mengalami masalah gangguan telefon dan Internet.
Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata enam termasuk seorang wanita berusia antara 25 hingga 51 tahun ditahan pada 4 Feb lepas kerana dipercayai mengedar dadah jenis syabu dan heroin serta pil yaba dianggarkan bernilai RM543,559.
Pada serbuan di Tanjung Lumpur di sini antara 11 pagi hingga 6.17 petang, Yahaya berkata polis merampas syabu dianggarkan seberat 10.41 kilogram (kg) dan seberat 3,249.9 gram pil yaba dengan kedua-duanya bernilai RM438,429, selain barangan kemas bernilai RM13,190 dan wang tunai RM888.
Sementara serbuan di Indera Mahkota di sini, antara 10 pagi hingga 12.23 tengah malam menemukan 12.66 kg heroin dinggarkan bernilai RM105,130.
"Dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar Pahang dan keseluruhan dadah yang dirampas dalam dua serbuan ini boleh digunakan lebih 62,000 penagih," katanya dan menambah semua suspek kini direman sehingga 11 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Yahya berkata suspek yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, kini direman sehingga Khamis ini. - Gambar fail/Bernama
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang
Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah dan sebilah parang selepas video mereka mengacukan senjata itu tular di media sosial baru-baru ini.
Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU
Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).
Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang
Mereka menerbangkan dron di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.